Raya.

Assalamualaikum.

Heh, for sure semua mesti sedang busy kemas barang, nak balik rumah *bagi yang tinggal berjauhan dengan keluarga* tak kurang juga yang sedang giat memerah tenaga tolong ibu bapa korang buat kuih raya dan apa-2 sahaja untuk menyambut syawal yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. 

So semua persediaan dah ada? Siap? Kalau dah siap alhamdulillah. Dalam excited nak menyambut raya jangan pinggirkan ramadhan kita yang ada beberapa hari saja lagi. Untuk yang sihat, tak uzur, teruskan dengan ibadah puasa anda. Jangan ponteng-2. Rugi. Sebab puasa yang kita ganti tidak akan sama nikmatnya seperti ketika berpuasa di bulan ramadhan. 

Dalam kegembiraan kita, ingin aku titipkan sedikit pesanan. Dalam kegembiraan itu nanti, mohon jangan pula dilupa orang-2 yang tidak berupaya, tidak berkemampuan seperti ktia. Bukan ingin meminta belas kasihan, tapi aku sendiri sedang berada di dalam situasi yang tidak sebegitu baik untuk menyambut syawal seceria tahun-2 lalu.

Alhamdulillah, ibu bapa anda sihat sejahtera. Anda boleh menyambut perayaan dengan gembira. Tapi di dunia aku, hidup aku, aku berbeza. Ya, benar, kedua ibu bapaku masih bernyawa. Cumanya kondisi ayah yang masih sakit membuatkan kadang kala aku hampir putus asa dengan dugaan-2 aku di bulan mulia ini. Sungguh aku cuba untuk menjadi kuat. Namun anak mana yang mampu tahan melihat ayah/ibu mereka sakit. 

Jujur kata, aku masih sedih, dan hampir tidak dapat menerima hakikat yang sakit itu ayahku, yang tidak berdaya itu ayah aku. Tapi aku sedar, jika ini ketentuan Allah, kehendak Allah, aku akur. Sampai saja di rumah tadi, aku sekali lagi seolah-olah tercari-cari kelibat ayah. Ya, aku rindu pada dia. Usai solat Isya', aku ke dapur, membantu ibu membuat kuih raya. 

Sedang aku leka menguli tepung, soalan ini spontan keluar dari mulutku

"Nanti kita balik kampung ayah ikut kan?"

Aku menanti jawapan daripada ibu. 

"Tak..Ayah tak ikut..Ayah kan tak sihat..Nanti kat kampung ayah susah nak rehat..Budak-2 kecil ramai..Kasihan ayah nanti..Dia susah nak ke tandas semua.."

Aku diam. Memikirkan apa yang ibu katakan tadi. Ya, aku terpaksa akur, ayah takkan ada bersama kami raya nanti. Sedih. Sayu. Sebak. Raya-2 sebelum ini ayah pasti ada. Tapi aku terpaksa akur. Tahun ini semuanya akan berubah. Ayah tidak dapat bersama aku, tidak dapat bersama kami. 

"YA ALLAH , aku memohon kepadaMu, ampunilah dosa-2 bapaku. Kau berikanlah nikmat kesihatan kepadanya. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Berikan kami sekeluarga semangat untuk menempuhnya bersama. Sungguh, aku manusia yang hina, yang lemah, aku akur pada ketentuanMu. Kerna aku yakin, Kau ada agenda sendiri disebalik semua ini. Maka dengan itu Ya Allah, berikan aku kekuatan, Kau sentuhlah titik paling dalam hatiku ini, tiupkan aku kekuatan Ya Allah..."

Amin Ya Rabbal Al-Amin..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

2 comments: