Last night, I reached home. After a long journey from Puncak Alam. Dan ya, aku penat. Sampai saja di persimpangan jalan rumah, benda pertama mata aku cari, kelibat kereta ayah. Tiada. Lepas tu aku teringat, "Ohh ayah tak balik lagi. Ayah kat rumah abang." Masuk je rumah, benda pertama aku cari, longgokan surat khabar. Tiada. "Ohh ayah tak balik, ayah tak bawak surat khabar macam selalu."
Walaupun aku tahu ayah takkan balik rumah aku buat masa ni, hati aku asyik tertanya-tanya. "Mana ayah?" "Bila ayah nak balik?" "Kenapa tak dengar suara ayah?" Sampailah aku penat berfikir, aku baring, pejamkan mata, membayangkan wajah ayah, membayangkan suaranya, gelak tawanya. Ya. Aku rindukan ayah. Sangat merindui dia.
Sejak ayah sakit, aku selalu menangis seorang diri. Sebelum tidur, mesti menangis. Rindu. Seumur hidup aku yang baru beberapa belas tahun ini, tak pernah sekali aku terfikir ayah akan jatuh sakit sebegini lama. Tak pernah. Dan setiap kali aku teringatkan ayah, aku sangat tidak percaya yang ayah sedang sakit sekarang.
Aku ingat lagi. Pada hari aku datang melawat ayah ketika dia di hospital, hati aku memberontak ingin tahu keadaannya bagaimana. Sampai saja di wad, aku lihat dia di situ, terbaring, lemah. Aku tabahkan hatiku, berjalan mendekati katil, aku panggil ayah beberapa kali, dia membuka mata. Dia cuba menghulurkan tangan untuk aku salam dan cium, namun dia tidak mampu untuk mengawal gerak tangannya. Aku sambut, aku cium tangan ayah. Dia mendepakan tangan, tanda mahu memeluk. Aku terus memeluk ayah seerat-eratnya.
Dikala itu, aku cuba untuk tidak menangis. Ternyata hati aku yang sudah lama risaukan ayah, rindukan ayah, terlalu lemah untuk menjadi kuat. Aku menangis. Aku peluk ayah sekuat-kuatnya sambil teresak-esak. Aku rindu baunya. Bau ayah.
Dan malam semalam, sewaktu aku tidur, aku bermimpi. Aku bermimpi tentang ayah. Dia di dalam mimpi itu, baru pulang, aku menyambutnya pulang. Dalam mimpi, dia boleh memandu. Dalam mimpi, dia boleh berjalan dengan sendiri. Dalam mimpi, dia boleh bertutur seperti dahulu. Ya, aku sangat gembira melihat keadaannya begitu. Namun aku hampa. Apabila aku terjaga. Aku ke ruang tamu, ayah tiada. Ternyata ianya cuma mimpi. Mimpi belaka.
Dan harini, aku asyik tertunggu-tunggu ayah. Walaupun hakikatnya dia di bawah abangku. Waktu berbuka tadi, aku rasa sebak. Sedih. Ayah tiada di meja makan untuk berbuka dengan kami. Dulu ketika ayah sihat, dia yang suka belikan juadah berbuka sampai penuh satu meja walaupun yang hendak menjamah hanya kami berempat. HAHA. Aku rindu ayah. :')
Ayah, kakyong rindu ayah. Cepatlah sembuh. Kakyong tunggu ayah balik. :')
Ayah, ayah selalu bawa kita makan tempat baru kan? :)
semoga ayah awak terus kuat utk melawan penyakit . :') .insya'allah mudah mudahan .
ReplyDeleteamin.. :')
Deleteamin :')
Delete