Assalamualaikum.
Lama aku tidak berbicara tentang Ayah. Aku bukanlah sibuk mana. Cuma tak datang ilham nak menulis. Hari ini tiba-2 tergerak hati nak menulis.
Kelmarin aku ada baca kakak aku post sesuatu tentang Ayah di Facebook. Katanya dia berjaya pujuk Ayah untuk kembali duduk di Rehab Center Cheras. Tempat ramai orang-2 yang memerlukan terapi fisio duduk di situ untuk belajar berdikari, belajar buat latihan-2 fisioterapi dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Petang yang mendung, tiba-2 aku dapat sms dari Ayah. Dia maklumkan yang dia akan pergi Rehab Center tu minggu depan. Katanya dia tak mahu susahkan sesiapa.
Aku sebak. Aku kata pada Ayah,
"Ayah, kenapa cakap macamtu. Kami semua sayangkan Ayah. Kami semua nak Ayah cepat sembuh. Takpe Ayah, Ayah duduk sana tak bermaksud kami lupa Ayah. Kami semua doakan Ayah cepat sembuh. Dulu Ayah duduk sana, balik dari sana Ayah dah boleh berjalan sendiri, Ayah dah boleh buat macam-2 sendiri. Mungkin kali ni Ayah ke sana, balik dari sana Ayah mungkin boleh berlari? Ayah positif ya! InsyaAllah kalau kita positif nanti yang positif tu kita dapat. Positif Ayah boleh sembuh. InsyaAllah Ayah. Kakyong doakan dari jauh. Ini je yang mampu buat masa ini."
Ayah. Ayah kata Ayah menyusahkan kami, sedih rasa. Kalau bukan kerana Ayah, saya tak wujud di dunia ni. Kalau bukan sebab kasih dan sayang Ayah, saya tak mungkin boleh belajar memaafkan orang lain sebab Ayah selalu ajar saya untuk bersabar. Ayah, kalau bukan kerana pengorbanan Ayah selama Ayah sihat, kalau bukan kerana doa Ayah, mana mungkin saya belajar sejauh ini.
Saya doakan Ayah tabah, kekuatan Ayah itu pendorong untuk saya kuat juga. Jadi Ayah tak boleh sedih, Ayah tak boleh lemah. Nanti saya lemah juga dari jauh ni.
Rindu Ayah. Sayang Ayah.
Moga Allah dengar doa kita, Ayah. InsyaAllah.